Hiburan

Anak buah Siti Nurhaliza antara 37 individu terima pingat, WCOPA di Amerika Syarikat, Netizen bangga!

Kuala Lumpur, Julai 8 – Sepasukan penghibur Malaysia mengharumkan nama negara selepas berjaya meraih 37 pingat pada Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) ke-27 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Long Beach, California, Amerika Syarikat baru – baru ini.

Difahamkan, kejohanan itu berlangsung dari 28 Jun hingga 6 Julai lalu dan pasukan Malaysia berjaya menerima 13 pingat emas, 11 pingat perak, dan 13 pingat gangsa dalam 70 kategori.

Pertandingan itu menampilkan emam kategori yang terdiri daripada kategori vokal, tarian,muzik,lakonan, peragaan dan pelbagai kategori lagi.

Anak saudara penyanyi Malaysia yang terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Saiful Anuar, berusia 13 tahun, berjaya memperoleh pingat emas dalam kategori vokalis kejuaraan remaja, mengatasi empat peserta lain termasuk wakil dari Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan.

Ummi, yang lebih mesra dikenali sebagai Umai, menarik perhatian penonton dengan membawakan lagu klasik Aretha Franklin, “A Natural Woman.”

Susulan kemenangan remaja itu, rata -rata netizen di media sosialnya, menyatakan komen positif dan mengucapkan tahniah atas kejayaannya, dan ada juga komen berkata remaja itu bakal mengikut jejak kaki Siti Nurhaliza pada satu hari nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker