Malaysia

Anak jutawan Robert Kuok dilantik CEO Shangri-La Asia, diberi gaji lebih RM300,000

Kuok Hui Kwong, anak kepada jutawan Malaysia Robert Kuok, akan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Shangri-La Asia bermula 1 Ogos ini. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif syarikat sejak 2016 dan dilantik sebagai Pengerusi pada 2017.

Memetik laporan Straits Times, langkah menggabungkan peranan Pengerusi dan CEO di bawah pimpinan Hui Kwong dijangka dapat menyelaraskan strategi serta meningkatkan keberkesanan operasi syarikat.

Shangri-La Asia yang disenaraikan di Hong Kong dan Singapura, kini memiliki lebih 100 hotel termasuk 81 hotel milik penuh di bawah jenama Shangri-La, Kerry, Hotel Jen dan Traders.

Hui Kwong, 47, bakal menerima gaji asas bulanan kira-kira S$94,300 (RM311,000) serta bonus dan faedah pencen. Beliau juga memegang kepentingan langsung dan tidak langsung sekitar 95.57 juta saham dalam Shangri-La Asia, bersamaan 2.7% pegangan syarikat.

Shangri-La diasaskan oleh Robert Kuok pada 1971 dengan hotel pertamanya di Singapura dan berkembang menjadi salah satu kumpulan hospitaliti terkemuka di rantau ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker