Malaysia

Anak Penolong Pengarang Berita Harian merupakan salah seorang daripada 3 pelajar UITM Dungun yang maut

Kuala Lumpur, Oct 10 – Anak Penolong Pengarang Berita Harian merupakan salah seorang daripada tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun yang maut selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh sebuah SUV di hadapan universiti berkenaan.

Ku Adib Aizab Ku Azmi, berusia 20 tahun, merupakan pelajar jurusan Ijazah Perhotelan, anak kepada Hafizah Iszahanid manakala bapanya Ku Azmi Saad adalah kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), sebuah syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP).

Dalam kemalangan jam 7.20 malam, empat pelajar yang menunggang dua motosikal dirempuh SUV jenis Honda CRV dipandu seorang wanita.

Ketika kejadiaan pahit itu, pasangan itu difahamkan dalam perjalanan ke Makkah mengikuti Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan kakitangan dan ahli keluarga.

Selepas mendapat khabar tentang anak mereka, pasangan itu pulang semula ke Kuala Lumpur berlepas dari Jeddah jam 1.55 pagi waktu tempatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir mengesahkan perkara itu dan katanya kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker