Malaysia

Anak perempuan pegawai PPD hilang selepas buang sampah hadapan rumah di Pahang

Kuala Lumpur, Oct 9 – Anak perempuan seorang pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dilapor hilang sejak hari Ahad lalu, selepas membuang sampah di hadapan rumahnya kira-kira lima meter bertempat Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kali terakhir perempuan berusia 20 tahun itu dilihat mengenakan tudung bawal berwarna coklat, blouse berbelang putih biru serta berseluar hitam.

Laporan polis dibuat oleh ayah perempuan itu, difahamkan mendapati anaknya tiada di hadapan rumah dan telah membuat carian di sekitar kawasan tetapi tidak berjaya.

“Ayah mangsa telah membuat aduan pada Isnin dan kes disiasat sebagai Orang Hilang, katanya dalam kenyataan.

Mazlan juga berkata tiada sebarang rakaman CCTV di lokasi kejadian dan polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil di mana-mana balai polis berdekatan untuk bantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker