EksklusifMalaysia

Anak sebak terima hadiah hari jadi tidak ternilai, daripada orang tuanya, Netizen beremosi!

Kuala Lumpur, Julai 7 – Sejak kelmarin, satu video viral memaparkan seorang anak berusia 9 tahun sebak menerima hadiah hari jadi yang sangat berharga daripada kedua-dua orang tuanya.

Menerusi video 1 minit 22 saat, di Tik Tok, difahamkan, budak lelaki itu sebak kerana menerima sebiji bola sepak yang lama diidamkan, dan akhirnya telah dibelikan oleh kedua-dua orang ibu bapanya.

Anak syurga itu, berkelihatan menangis teresak-esak apabila ibunya menerusi video itu berkata “baba kerja keras untuk beli sebiji bola ini untuk abang,”

Susulan perkongsian video itu, ia mengundang pelbagai komen yang beremosi daripada warga maya yang berkata “Dekat sini kite belajar kebahagian tidak terletak pade kekayaan, tapi ia terletak pada pengorbanan dan kesyukuran kite, kerana kebahagiaan tidak dapat dibeli kalau dapat dibeli dah ramai orang kaya bahagia,

Seorang lagi komen berkata, bukan sebiji bola tu dia menangis, tetapi sebab papa dan mama dia hargai kehadirannya, dan turut mendoakan semoga budak lelaki itu berjaya dalam hidupnya nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker