Dunia

Anak sherif tembak mati 2 mangsa di Florida State University

Dua maut manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Florida State University (FSU) pada Khamis, melibatkan suspek yang juga pelajar institusi itu.

Penyerang dikenali sebagai Phoenix Ikner, 20, dipercayai menggunakan pistol milik ibunya yang merupakan Timbalan Sheriff Leon County.

Insiden berlaku sekitar jam 11.50 pagi berhampiran bangunan Student Union. Menurut pihak berkuasa, kedua-dua mangsa yang terkorban bukan pelajar universiti.

Ikner kini ditahan dan sedang menerima rawatan di hospital. Motif kejadian masih disiasat.

Susulan insiden, pentadbiran FSU membatalkan semua kelas dan acara sehingga Jumaat, serta menasihati pelajar untuk kekal berada di dalam bangunan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker