EksklusifMalaysia

Anak syarikat Capital A: ADE buka hangar MRO terbesar dan canggih di Malaysia

Kuala Lumpur,Sept 27 – Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat Capital A Berhad bagi kejuruteraan dan baik pulih pesawat (MRO) telah merasmikan pembukaan hangar MRO terbesar di Malaysia yang mempunyai 14 jalur penyelengaraan.

ADE yang mempunyai teknologi terkini bakal melakukan penyelenggaraan berat (hangar atau C-check) untuk penerbangan di bawah AirAsia Group, dan juga sedia untuk menyokong syarikat penerbangan yang lain untuk melakukan (MRO).

Hangar itu seluas lebih 380,000 kaki persegi merangkumi keluasan 8.2 hektar di Zon Sokongan Aeronautika KLIA 1, dilengkapi dengan pelbagai bengkel khusus seperti Bengkel Komposit dan Bengkel Pencetakan.

Hangar terbaharu itu turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records, mencatat tiga rekod kebangsaan yang membuktikan keunggulan kejuruteraan dan seni bina Malaysia dalam industri aeroangkasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata mempunyai perancangan menambah sekurang-kurangnya 14 lagi hangar baharu pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian selepas perasmian besar-besaran hangar 14 barisan bagi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih Asia Digital Engineering (ADE) di Sepang semalam,disempurnakan oleh Menteri Darjah, Tun Musa Hitam, serta turut hadir, Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun, dan Ketua Pegawai Eksekutif ADE, Mahesh Kumar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker