Kuala Lumpur, Julai 26 -Suspek kes pembunuhan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang.
Lans Koperal Muhammad Alif Monjani, didakwa membunuh Nur Farah Kartini, dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Difahamkan pengakuan tidak direkodkan kerana kes bunuh itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos bagi sebutan semula kes.