Anggota polis tertembak kepala sendiri masih kritikal di ICU

Seorang anggota polis berpangkat koperal dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, petang Selasa.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa yang berusia 58 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Katanya, mangsa masih kritikal, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk kemungkinan berkait masalah peribadi atau kerja.
Mangsa bertugas di Cawangan Kem Komandan dan ditemui dalam keadaan cedera parah di Bilik Pengawal IPK pada jam 6.12 petang.
Siasatan mendapati satu das tembakan dilepaskan daripada pistol milik mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.