Malaysia

Anggota TUDM hilang 10 hari ditemui selamat di Ampang Jaya

Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu ditemui selamat di sebuah rumah di Ampang Jaya, tengah hari tadi.

Mangsa, Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, sebelum ini dilaporkan gagal hadir semula ke Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) TUDM Bandar Kinrara selepas cuti kursus, sehingga satu laporan polis dibuat oleh pegawai penyelia pada 25 Ogos.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berhubung kehilangan anggota terbabit dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis kini sedang meneliti punca sebenar insiden itu sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

Terdahulu, Muhammad Ammar yang bertugas di Pangkalan Udara Subang dilihat berada di Sungai Kedondong pada 23 Ogos, sehari sebelum rakan serumah kursus gagal menghubunginya apabila telefon bimbitnya dimatikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker