Dunia
Angka korban gempa bumi Myanmar kini lebih 3,700

Angka kematian akibat gempa bumi berukuran 7.7 magnitud yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu meningkat kepada 3,706 orang, dengan lebih 5,000 cedera dan 130 masih hilang setakat Selasa.
Menurut laporan Bangkok Post, gegaran kuat itu turut dirasai di Thailand, menyebabkan bangunan Pejabat Audit Negara runtuh di Bangkok dan meragut 44 nyawa setakat ini,
Seramai 50 mangsa masih belum ditemukan, sementara cebisan mayat yang ditemui dihantar untuk proses pengecaman.
Pihak berkuasa Thailand kini menyiasat punca runtuhan termasuk latar belakang kontraktor serta kualiti bahan binaan yang digunakan.