“Angkuh dengan andaian AS sahaja yang berjaya”, Anwar kecam kenyataan O’Reilly

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan pengulas konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly yang mempersendakan lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja.
Anwar menyifatkan pandangan O’Reilly sebagai melampau, penuh keangkuhan serta mencerminkan xenofobia, perkauman dan Islamofobia, selain menunjukkan kejahilan terhadap perkembangan semasa di Asia Tenggara.
Dalam satu klip tular, O’Reilly mendakwa negara seperti Malaysia tiada nilai ekonomi kepada China, malah menyebut “Melayu itu takkan beli barang awak,” ketika merujuk kepada rakyat Malaysia.
Anwar turut menegaskan kenyataan O’Reilly bersifat sempit dan terperangkap dalam cara fikir kolonial yang lapuk, serta menggesa rakyat agar tidak terlalu mengambil berat terhadap pandangan sebegitu.