Malaysia

Anjing cederakan budak lelaki di Kajang ditangkap, premis pemilik diperiksa MPKj

Seekor anjing yang dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Taman Megah, Cheras, semalam berjaya ditangkap pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa digigit ketika bermain basikal berhampiran rumahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan akibat kecederaan di kepala.

Pasukan Unit Tangkapan Anjing Terbiar Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) segera dikerahkan ke lokasi dan berjaya menangkap haiwan terbabit.

Anjing itu kini ditempatkan di Pusat Tahanan Haiwan MPKj untuk diasingkan sehingga siasatan selesai.

MPKj turut memeriksa premis pemilik anjing dan menjalankan kawalan terhadap haiwan berkeliaran di kawasan sekitar.

Bagi tindakan lanjut, pihak berkuasa mendapatkan pandangan teknikal daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Hulu Langat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker