Malaysia

Anna Jobling bergaduh dengan ibu sendiri?

Ibu kepada pelakon popular, Anna Jobling, iaitu Ariz Arop, mengejutkan ramai apabila mendakwa anaknya telah memfailkan perintah injunksi terhadap dirinya.

Menurut Ariz, tindakan itu membuatkan dia kecewa dengan layanan yang diterima, namun tetap reda dengan apa sahaja ujian yang berlaku.

Dalam perkongsian di InstaStory, Ariz memuat naik gambar tangannya yang kelihatan bengkak dan kemerahan akibat mengetuk cermin pintu kereta selepas dikunci dari dalam.

Dia mengakui panik ketika kejadian dan tiada pilihan lain selain bertindak sedemikian. Ariz turut memuat naik gambarnya yang sedang menangis di balai polis, menggambarkan tekanan emosi yang dialaminya.

Difahamkan, hubungan antara Ariz dan Anna dikatakan tegang sejak kebelakangan ini. Pemerhatian di media sosial mendapati Anna tidak lagi mengikuti akaun Instagram ibunya, sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka kini renggang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker