Anthony Loke arah Prasarana pasang pintu keselamatan di semua platform LRT

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menambah baik aspek keselamatan di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dengan memasang pintu keselamatan penumpang di setiap platform.
Katanya, arahan itu dikeluarkan berikutan insiden seorang lelaki warga Taiwan maut digilis tren selepas terjatuh ke landasan di sebuah Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, Selasa lalu.
Loke menjelaskan pihaknya telah merancang untuk memasang pintu keselamatan penummpang di semua stesen-stesen LRT dan MRT, cuma LRT aliran Ampang yang mempunyai reka bentuk lama belum ada pemasangan pintu tersebut.
Tambahnya, pemasangan pintu keselamatan memerlukan peruntukan besar serta bajet tambahan dan pihaknya memberi keutamaan sewajarnya untuk menambah baik keselamatan penumpang.
Berkaitan insiden Selasa lepas, Loke menjelaskan, siasatan awal menunjukkan kejadian itu adalah kemalangan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.