Anwar adakan kunjungan hormat terhadap Presiden Xi Jinping

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan hari ketiga lawatan kerja di China dengan agenda memperdalam hubungan strategik dan meluaskan kerjasama perdagangan.
Hari ini, beliau mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Xi Jinping di Great Hall of the People dan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Qiang.
Ia diikuti majlis makan malam khas di Rumah Tamu Negara Diaoyutai bagi meraikan Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Duta Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad, menjelaskan majlis itu eksklusif dan dianjurkan bagi pihak Xi.
Beliau juga menghadiri Dialog Perniagaan dan Ekonomi Malaysia-China yang menghimpunkan 180 pemimpin perniagaan dan industri dari pelbagai sektor.
Delegasi Perdana Menteri termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.