Malaysia

Anwar bangkitkan isu MH17 depan Putin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 dalam pertemuan dua hala bersama Presiden Russia, Vladimir Putin, di Kremlin.

Anwar berkata beliau membawa suara rakyat Malaysia, khususnya keluarga mangsa, ketika mengutarakan perkara itu. Menurutnya, Putin mendengar dengan teliti, menyatakan simpati, serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Presiden Russia itu menegaskan pendirian Moscow supaya siasatan dilakukan secara bebas dan menyeluruh, tanpa dipolitikkan. Beliau juga menyatakan kesediaan Russia untuk bekerjasama, namun enggan melibatkan mana-mana badan yang dianggap tidak bebas.

Isu ini dibangkitkan susulan keputusan terbaharu Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menyatakan Russia bertanggungjawab atas insiden yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. ICAO kini mempertimbangkan bentuk pampasan sewajarnya.

Anwar dijadual meneruskan lawatan rasmi ke Kazan, Tatarstan, selepas menyelesaikan pertemuan empat hari di Moscow atas jemputan Presiden Putin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker