Malaysia

Anwar bidas pihak remehkan bantuan RM100 untuk rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pemberian tunai RM100 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sambil membidas segelintir Ahli Parlimen pembangkang yang memperlekehkan inisiatif tersebut.

Menurutnya, bantuan ini bukan sekadar angka kecil seperti yang digambarkan, sebaliknya memberi makna besar kepada rakyat berpendapatan rendah khususnya di luar bandar.

Anwar menjelaskan bahawa bantuan ini merupakan penambahan kepada pelbagai inisiatif sedia ada di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA, yang kini telah meningkat peruntukannya daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun ini.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan diperluas tempohnya daripada 10 kepada 18 tahun mulai tahun depan, sekali gus memberi manfaat jangka panjang kepada penjawat awam.

Anwar turut menegaskan bahawa penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter dibuat berdasarkan penilaian telus terhadap harga pasaran global, termasuk Arab Saudi, demi menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker