Uncategorized

Anwar dijadual bertemu Ketua Tentera Myanmar pada Khamis

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di Bangkok pada Khamis.

Pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin itu diadakan bagi membincangkan isu kemanusiaan susulan gempa bumi di Myanmar.

Malaysia dijangka meminta junta Myanmar melanjutkan tempoh gencatan senjata bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke kawasan terjejas, termasuk cadangan menghantar pasukan SMART ke negara itu.

Mesyuarat itu turut berlangsung sempena lawatan Anwar ke Bangkok untuk berbincang bersama Penasihat Jawatankuasa ASEAN dan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Perbincangan turut melibatkan isu Sungai Golok yang sering menyebabkan banjir di sempadan Selatan Thailand dan Kelantan.

Kerajaan juga bersetuju meneruskan bantuan kemanusiaan ke Myanmar dengan menubuhkan hospital medan yang akan dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker