Malaysia

Anwar lulus peruntukan lebih RM6.6 juta untuk Kelantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan lebih RM6.6 juta untuk kerja baik pulih cerun runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Remah, Tanah Merah di Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menerusi satu kenyataan media di Facebook menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan yang diberikan itu.

Nassuruddin berkata, kelulusan itu amat bermakna buat rakyat Kelantan bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi dengan segera.

Kerajaan Kelantan sebelum ini bertindak pantas mengemukakan permohonan kepada Putrajaya bagi menangani insiden cerun runtuh, susulan hujan berterusan yang menyebabkan pergerakan tanah sepanjang 130 meter dan mengakibatkan kerosakan struktur ‘sheet pile’ di LRA tersebut.

Mohd Nassuruddin memberitahu, selain itu pihaknya meluluskan peruntukan keseluruhan berjumlah RM235,000 bagi pelaksanaan dua kajian oleh Jabatan Kerja Raya iaitu Kajian Siasatan Tanah dan Kajian Ukur Terperinci di tapak LRA berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker