Malaysia

Anwar nafi pengumuman projek RM6.13 juta di Tapah dibuat pada penamaan calon

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan wujud penyalahgunaan kuasa susulan pengumuman peruntukan RM6.13 juta untuk 33 projek pembangunan di Tapah sebelum PRK DUN Ayer Kuning.

Menurut laporan Bernama, Anwar berkata, peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada 10 April lalu dibuat sebelum penamaan calon.

Pada 10 April lepas, Nga mengumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM6.13 juta bagi 33 projek pembangunan dan infrastruktur awam di bawah Program Sentuhan Kasih 3.0.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebelum ini mengkritik langkah tersebut, menyifatkannya sebagai bertentangan dengan prinsip pilihan raya bersih.

Untuk rekod, Akta Kesalahan Pilihan Raya menyatakan adalah salah untuk memberikan atau menjanjikan apa-apa wang atau balasan bernilai bagi mendorong pengundi sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker