Malaysia

Anwar puji usaha KWSP pastikan kaedah persaraan lengkap

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meneroka pendekatan baharu bagi menyesuaikan kaedah persaraan dengan keperluan semasa.

Beliau memberi contoh pelaksanaan skim caruman KWSP untuk pekerja bukan warganegara yang dijadual bermula suku keempat 2025 sebagai langkah penting ke arah pengukuhan perlindungan sosial.

Anwar turut menyarankan agar KWSP membina sistem lebih inklusif, khususnya untuk golongan berpendapatan rendah, agar tiada rakyat menua dalam keadaan terpinggir.

Beliau juga menekankan pentingnya mewujudkan persekitaran kerja yang fleksibel dan mesra semua peringkat usia, dengan menyokong warga emas yang masih mampu menyumbang.

Tambahnya, kerjasama erat antara KWSP, GLIC dan kerajaan telah membantu membina sistem sokongan rakyat yang menyeluruh, terutamanya dalam aspek kesihatan dan kebolehcapaian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker