Anwar rasmi majlis pecah tanah bina Masjid MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan majlis pecah tanah pembinaan Masjid MADANI di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Khamis.
Masjid yang dibina atas tanah wakaf milik Jakel Trading Sdn Bhd ini bertujuan menampung keperluan umat Islam di kawasan tersebut.
Dalam majlis yang sama, Anwar turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Untuk rekod, isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang sebelum ini menjadi perbincangan telah diselesaikan.
Pihak pengurusan kuil bersetuju berpindah ke lokasi baharu berkeluasan 4,000 kaki persegi, hanya 50 meter dari lokasi asal.
Kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memastikan proses perpindahan dilakukan dengan baik.