Malaysia

Anwar sah pertahan jawatan Presiden PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti peringkat pusat 2025.

Perdana Menteri berkata, setakat ini tiada individu yang mencalonkan diri untuk mencabar jawatan yang digalasnya ketika ini.

Jelasnya, kerusi presiden masih kosong kerana beliau mendaftar lagi, kemudian baru Anwar ingin mendaftarnya.

Beliau berkata demikian mengulas pencalonan beberapa cabang Keadilan yang menamakan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti, hujung bulan ini.

Anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar juga dilihat bakal bertanding untuk kerusi Timbalan Presiden PKR selepas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail umum tarik diri daripada bertanding sebelum ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker