Malaysia

Anwar tak boleh terima rakyat Malaysia tak boleh berbahasa Melayu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak dapat menerima jika masih ada rakyat Malaysia yang gagal menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Katanya, setiap warganegara wajib fasih bertutur bahasa ini kerana ia lambang identiti negara.

Namun begitu, Anwar turut menekankan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris sebagai keperluan kritikal bagi kemajuan negara di peringkat global.

Justeru, Kementerian Pendidikan disaran memperkukuh pembelajaran bahasa Inggeris, khususnya di universiti, tanpa menjejaskan kedudukan bahasa kebangsaan.

Selain itu, beliau berpandangan bahasa lain seperti Mandarin, Tamil, Arab dan Perancis wajar digalakkan penggunaannya kerana mencerminkan kepelbagaian budaya dan ilmu di Malaysia.

Anwar juga mengingatkan rakyat agar menolak politik perkauman sempit yang dimainkan kelompok kecil, sambil menegaskan kejayaan negara hanya mampu dicapai dengan keterangkuman semua kaum tanpa mengira latar belakang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker