Malaysia

Anwar tegur agensi kerajaan agar tidak bermewahan anjur majlis Ramadan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih bersederhana dan tidak bermewah-mewahan dalam meraikan bulan Ramadan.

Anwar pada Isnin berkata, setiap jabatan dinasihatkan supaya mengelakkan pembaziran seperti memberikan sumbangan berbentuk kurma yang dipakejkan di dalam kotak yang terlalu eksklusif dan mahal.

Beliau menegaskan tiada keperluan untuk menonjolkan kemewahan kerana dana yang ada boleh dimanfaatkan kepada golongan yang lebih memerlukan.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Mac 2025 yang diadakan di Putrajaya pada pagi Isnin.

Hadir sama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Anwar sebelum ini turut menyeru umat Islam di Malaysia supaya memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker