Malaysia

Anwar terima kritikan SST asalkan ada fakta

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan terbuka menerima kritikan berhubung peluasan skop SST, namun berharap pandangan diberikan berasaskan fakta.

Beliau menegaskan keputusan itu dibuat tanpa membebankan majoriti rakyat dan mengulas dakwaan mahasiswa mengenai kenaikan kadar elektrik, sedangkan universiti awam dikecualikan.

Untuk itu, Anwar meminta semua pihak memastikan maklumat tepat sebelum mengkritik ketika berucap dalam amanatnya pada Perhimpunan Bulanan JPM di Putrajaya.

Mulai 1 Julai, kerajaan akan memperluaskan skop SST yang antaranya untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker