Malaysia
Anwar tolak tuduhan ‘double standard’ dalam siasatan isu perkauman

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak membakar sentimen perkauman dan menanam bibit kebencian.
Beliau menolak tuduhan ‘double standard’ dalam tindakan undang-undang, menegaskan bahawa sesiapa yang menghina mana-mana agama tetap disiasat dan dihukum.
Sebagai bukti, beliau merujuk kes stoking kalimah ALLAH yang dikenakan denda RM60,000, peniaga jagung RM400 serta Harith Iskander dan Cecelia Yap Song RM10,000.
Anwar menegaskan semua tindakan berlandaskan undang-undang dan menyeru rakyat menghentikan budaya menghina agama serta kaum demi kestabilan negara.