Malaysia

Anwar tunai janji 2008, umum harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter selepas pelaksanaan penyasaran subsidi yang akan dilaksanakan menjelang akhir September 2025.

Beliau berkata, pendekatan subsidi bersasar ini akan memberi manfaat kepada sekitar 18 juta rakyat termasuk golongan belia dan pekerja gig. Sebaliknya, individu tidak layak seperti warga asing perlu membayar harga pasaran.

Anwar menjelaskan langkah itu sejajar dengan usaha kerajaan mengurangkan pembaziran subsidi yang selama ini menelan belanja hampir RM20 bilion setahun, dan memastikan sumber negara dimanfaatkan secara adil kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan bahawa seperti mana penyasaran subsidi elektrik sebelum ini, golongan berpendapatan rendah tidak akan terkesan.

Sebanyak 85 peratus pengguna domestik dilaporkan menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus bermula Julai lalu.

Sebelum ini, Anwar pernah dikritik berhubung kenyataannya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008, di mana beliau menyuarakan hasrat menurunkan harga minyak jika diberi mandat memimpin negara.

Namun, pada tahun lalu beliau menegaskan bahawa kenyataan lama itu perlu dilihat dalam konteks berbeza kerana keadaan ekonomi dan harga minyak global ketika itu jauh berbeza.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker