Hiburan

Apek kecewa Yassin sepatutnya dah boleh pulang sambut Aidilfitri

Pelakon dan pelawak Saiful Apek akui kecewa apabila rakan baiknya, Yassin Yahya yang sepatutnya pulang ke Malaysia bagi menyambut Aidilfitri, masih lagi ditahan di Arab Saudi.

Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, mendedahkan bahawa kepulangan Yassin tergendala disebabkan beberapa prosedur dan urusan antara dua kerajaan yang masih belum selesai, termasuk isu visa, tiket serta proses pemindahan depoh di Arab Saudi.

Dia sendiri merasakan kecewa kerana telah menguar-uarkan berita kepulangan Yassin kepada umum namun ia masih belum dapat menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, dia berharap Yassin dapat pulang dan dirinya sendiri sudah tidak sabar untuk menantikan kepulangan Yassin dan meminta orang ramai untuk mendengar sendiri cerita sebenar daripada sahabatnya itu bagi mengelakka sebarang fitnah dan spekulasi.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Jeddah sejak Oktober tahun lalu atas kesalahan memiliki ganja, dan sedang menjalani hukuman penjara enam bulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker