Dunia

Aplikasi jodoh di Jepun guna rekod kerajaan sahkan status perkahwinan, elak curang

Aplikasi cari jodoh popular di Jepun, Tapple, memperkenalkan ciri yang membolehkan pengesahan status perkahwinan pengguna dilakukan melalui rekod rasmi kerajaan.

Ia bukan sekadar bagi mengelakkan individu berkahwin menyamar bujang ketika menggunakan platform itu.

Malah ia dilihat sebagai usaha memperkukuh kepercayaan dalam kalangan lebih 20 juta penggunanya, terutama ketika negara itu berdepan krisis demografi dan galakan kerajaan untuk meningkatkan kadar perkahwinan dan kelahiran.

Menurut Tapple, lebih separuh pengguna mereka merangkumi 69% wanita dan 54% lelaki menyatakan kebimbangan terhadap kejujuran status perkahwinan calon pasangan dalam aplikasi tersebut.

Malah, 97% wanita dan 83% lelaki yang disoal selidik bersetuju bahawa mereka mahu kepastian sama ada calon pasangan benar-benar belum berkahwin.

Jepun kini memiliki populasi tertua di dunia selepas Monaco dan berdepan cabaran besar dalam usaha meningkatkan kadar kelahiran.

Inisiatif seperti pengesahan status perkahwinan di platform janji temu dilihat sebagai salah satu langkah kecil ke arah memperkukuh institusi keluarga dan membina kepercayaan dalam kalangan generasi muda yang mencari pasangan.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker