Dunia
Apple Store diserbu, ramai panik harga iPhone naik

Pengumuman tarif baharu oleh pentadbiran Donald Trump bukan sahaja menjejaskan harga saham Apple Inc., tetapi turut mencetuskan pembelian panik dalam kalangan pelanggan di Amerika Syarikat.
Menurut kakitangan di beberapa kedai Apple, hujung minggu lalu menyaksikan kedai dipenuhi pelanggan yang bimbang harga iPhone akan melonjak.
Ia susulan cadangan tarif import sebanyak 54% ke atas barangan dari China, termasuk iPhone yang kebanyakannya dihasilkan di sana.
Suasana di kedai dilaporkan hampir seperti musim cuti hujung tahun, walaupun tiada pelancaran model baharu.
Kebimbangan itu menyebabkan lonjakan jualan di beberapa lokasi utama, menjadikan minggu lalu antara yang paling sibuk berbanding tahun-tahun sebelumnya.