Armada Bersatu sertai Pemuda Umno berhimpun solidariti Jalur Gemilang di P.Pinang esok

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh menyambut baik sokongan Pemuda Bersatu yang baka turut serta dalam perhimpunan solidariti Jalur Gemilang yang dianjurkan di Kepala Batas, Pulau Pinang, esok.
Menerusi satu kenyataan media, Akmal memuat naik kenyataan Ketua Pemuda Bersatu Hilman Idham berkata pihaknya akan menyertai himpunan anjuran Pemuda Umno itu.
Katanya, sayap itu sedia bersama mana-mana pihak demi mempertahankan kedaulatan dan martabat negara, merentasi politik kepartian.
Perkembangan itu menyusul selepas Akmal lantang mengecam pemilik kedai perkakasan di Pulau Pinang kerana mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik dan mahu ke premis berkenaan untuk mengajar pemiliknya cara memasang bendera dengan betul.
Insiden ini menjadi perdebatan di kalangan pemimpin parti termasuk Setiausaha Agung DAP Anthony Loke yang menegaskan tindakan seperti mengugut untuk mengadakan protes atau mengajar orang lain mengibar bendera adalah perbuatan membuli.
Akmal pada masa sama menegaskan bahawa pihaknya tidak memilih bulu termasuk bersedia untuk Pemuda Umno Terengganu sendiri diambil tindakan sewajarnya selepas kejadian bendera tidak cukup sifat yang juga tular baru-baru ini.