Dunia

AS batalkan 6,000 visa pelajar sejak tujuh bulan lalu

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) membatalkan kira-kira 6,000 visa pelajar sejak tujuh bulan lalu atas pelbagai pelanggaran, termasuk tinggal melebihi tempoh, kesalahan jenayah dan isu keselamatan.

Sebahagian besar pembatalan melibatkan kesalahan seperti serangan, memandu dalam keadaan mabuk, kecurian serta sokongan terhadap keganasan, dengan lebih 4,000 visa dibatalkan khusus kerana pelanggaran undang-undang.

Langkah itu dibuat di bawah arahan Setiausaha Negara Marco Rubio yang mahu menggunakan kuasa penarikan visa terhadap individu dianggap menjejaskan kepentingan dasar luar AS, termasuk pelajar yang terlibat dalam protes berkaitan Israel.

Walaupun pentadbiran menekankan pendekatan lebih agresif, usaha tersebut berdepan cabaran selepas beberapa pelajar antarabangsa memenangi kes di mahkamah dan dibebaskan sementara menunggu hujahan lanjut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker