Malaysia

AS dakwa Israel dan Iran setuju laksana gencatan senjata

Amerika Syarikat mengumumkan bahawa Israel dan Iran telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata yang dijangka bermula dalam tempoh enam jam selepas operasi ketenteraan terakhir mereka selesai.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden AS, Donald Trump, yang turut menyatakan keyakinan bahawa langkah ini boleh menamatkan konflik antara kedua-dua negara.

Menurut Trump, perjanjian gencatan senjata itu akan berlangsung selama 12 jam sebagai permulaan, dengan potensi untuk menjadi kekal.

Namun begitu, tiada pengesahan rasmi setakat ini daripada Israel mahupun Iran mengenai butiran perjanjian tersebut.

Langkah ini dianggap sebagai perkembangan diplomatik penting, terutamanya ketika kebimbangan terhadap tercetusnya perang berskala besar di Asia Barat semakin memuncak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker