Dunia

AS gandakan tarif ke atas barangan India kepada 50 peratus

Amerika Syarikat (AS) menggandakan tarif ke atas barangan import dari India kepada 50 peratus berkuat kuasa Rabu, sekali gus meningkatkan ketegangan perdagangan antara dua negara demokrasi terbesar dunia itu.

Langkah tersebut susulan keputusan India membeli minyak dari Rusia, selepas sebelum ini Washington mengenakan tarif 25 peratus ke atas sejumlah besar produk India.

Tarif baharu melibatkan barangan seperti pakaian, permata dan barang kemas, kasut, perabot, barangan sukan serta bahan kimia, menjadikannya antara kadar tertinggi yang dikenakan AS, setanding dengan Brazil dan China.

Kenaikan tarif itu dijangka memberi kesan besar kepada ribuan pengeksport kecil dan sektor pekerjaan, termasuk di Gujarat, wilayah asal Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Pihak berkuasa perdagangan India dilaporkan sedang menilai langkah mitigasi termasuk bantuan kewangan serta usaha mempelbagaikan pasaran eksport ke China, Amerika Latin dan Timur Tengah.

Bagaimanapun, pengecualian sementara diberikan bagi barangan India yang sudah dihantar sebelum tarikh kuat kuasa dan tiba di AS sebelum 17 September, yang masih dikenakan kadar tarif lebih rendah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker