AS sekat kemasukan 12 negara atas dasar keselamatan, majoriti negara Islam

Atas alasan kebimbangan terhadap keselamatan negara, Amerika Syarikat melarang kemasukan pelawat dari beberapa buah negara.
Presidennya Donald Trump yang menandatangani satu proklamasi pada Rabu, menghadkan kemasukan warganegara dari Afghanistan, Myanmar, Chad, Congo, Guinea Khatulistiwa, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.
Manakala kemasukan dari tujuh lagi negara, Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela akan dikenakan sekatan secara separa.
Negara-negara yang dikenakan larangan penuh itu dikenal pasti sebagai tidak mematuhi piawaian dalam proses saringan dan tapisan, serta dianggap berisiko tinggi kepada Amerika Syarikat.
Sebelum ini, Trump pernah mengumumkan larangan perjalanan ke atas tujuh negara majoriti Islam, satu dasar kontroversi yang melalui beberapa pindaan sebelum disahkan oleh Mahkamah Agung pada tahun 2018.