Asrama SMK Tinggi Setapak musnah 80 peratus akibat kebakaran

Sebuah blok asrama pelajar lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh terbakar pada Isnin sekitar jam 8.30 malam Isnin.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kesemua 91 pelajar yang menghuni blok terbabit disahkan selamat.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 malam sebelum mengerahkan 40 anggota bersama lapan jentera ke lokasi.
Kebakaran melibatkan tingkat satu blok asrama lelaki sekolah dan berjaya dikawal pada jam 9.40 malam.
Kebakaran menyebabkan kemusnahan kira-kira 80 peratus struktur bangunan terbabit.
Kejadian berlaku apabila semua pelajar berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak dan tiada kecederaan dilaporkan.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM.