Uncategorized
Atas rasa tanggungjawab, Indonesia sedia terima 1,000 mangsa keganasan Gaza

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengumumkan bahawa negara itu bersedia menampung sementara 1,000 rakyat Palestin dari Gaza yang tercedera, trauma, atau kehilangan tempat tinggal akibat perang di wilayah tersebut.
Dalam sidang media khas pada Rabu, Prabowo menyatakan bahawa pesawat akan dihantar untuk memindahkan mangsa dari Gaza ke Indonesia bagi memberi rawatan perubatan dan pemulihan trauma.
Fasa pertama pemindahan ini akan melibatkan 1,000 orang, yang akan tinggal sementara di Indonesia sehingga mereka pulih dan situasi di Gaza kembali stabil.
Beliau turut menekankan bahawa sebagai negara Islam terbesar, Indonesia mempunyai tanggungjawab moral untuk membantu rakyat Palestin yang menderita.