Australia negara pertama melarang jual vape mulai 1 Julai 2024
Kuala Lumpur, Jun 26 – Australia akan menjadi negara pertama melarang penjualan vape di luar farmasi, mulai 1 Julai minggu depan.
Menurut laporan media Australia, vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh farmasi kepada orang yang mendapat preskripsi daripada doktor mereka.
Ia adalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negara itu untuk mengehadkan ketersediaan vape, sambil menjadikannya ia sebagai bantuan untuk orang yang cuba berhenti merokok.
Tetapi pindaan kepada Rang Undang-undang Barangan Terapeutik dan Pindaan Perundangan Lain (Pembaharuan Vaping) 2024 boleh menjadikan vape tersedia kepada lebih ramai orang hanya tiga bulan kemudian.
Difahamkan mulai 1 Julai ini, ia adalah salah di bawah undang-undang untuk orang atau perniaga untuk membekal, mengilang, mengimport atau menjual vape di luar farmasi.