Malaysia

Baju dah koyak dan lusuh, tapi CEO suruh bersyukur

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pos Malaysia, Charles Brewer, memberikan rasa kurang senang orang ramai susulan responnya terhadap salah seorang pekerja.

Ia selepas seorang pekerja Pos Malaysia, Muhamad Firdauss Rohani yang mengadu baju seragamnya sudah lusuh dan koyak ketika menjalankan tugas menghantar surat.

Katanya, bilakah mereka akan diberikan pakaian baru kerana keadaan baju tersebut yang dilihat pudar malah pelanggan juga ada yang menegur.

Namun, respons Brewer yang menjadi perhatian netizen apabila dia menjawab bahawa pekerjanya itu sepatutnya bersyukur kerana mereka yang bekerja dengan syarikat kurier luar langsung tidak diberikan uniform.

Ramai menganggap jawapan itu berbunyi angkuh dan tidak melambangkan peranan sebagai seorang CEO kepada syarikat.

Setakat ini, belum ada kenyataan lanjut dari pihak Pos Malaysia berhubung isu berkenaan, namun harapan orang ramai agar suara pekerja seperti Firdauss didengar dan tindakan segera diambil.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker