“Bang Aji makan sehari dua kali sahaja” – Ayah pencipta kandungan jawab kritikan pemakanan anak

Ayah kepada pencipta kandungan cilik popular, Abang Aji, menjawab kritikan netizen yang mempersoalkan cara dia menguruskan pemakanan anak lelakinya itu.
Menurutnya, setiap hidangan yang diambil anak berusia empat tahun itu sentiasa berada di bawah pemantauan rapi, malah video yang dikongsikan hanya bertujuan hiburan dan sudah disunting terlebih dahulu sebelum dimuat naik ke media sosial.
Tambahnya, Abang Aji sebenarnya makan hanya sekali atau dua kali sehari dan tidak mengambil makanan ringan atau bergula secara berlebihan, sebaliknya lebih banyak minum susu berbanding kanak-kanak lain.
Tegasnya lagi, sebagai bapa dia sentiasa memastikan keperluan anaknya terjaga dan tidak membiarkan pemakanan menjadi punca masalah kesihatan pada masa depan.
Penjelasan ini dibuat susulan video tular sebelum ini yang menunjukkan seorang lelaki menasihatkan agar bapa kepada kanak-kanak itu lebih berwaspada supaya anak tidak dibebani penyakit apabila dewasa kelak.
Rata-rata yang meninggalkan komen turut bersetuju dengan pendapat lelaki menerusi akaun TikTok @tareqfit itu kerana bimbang kanak-kanak tersebut bukan sahaja mendapat penyakit tapi mungkin menjadi mangsa buli di sekolah