Dunia

Banjir besar di Korea Selatan, empat maut dan lebih 1,000 diarah berpindah

Sekurang-kurang empat disahkan maut dan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat melanda beberapa kawasan di Korea Selatan pada Khamis.

Menurut laporan Reuters, beberapa kawasan di wilayah Chungcheong Selatan telah menerima lebih 400 milimeter hujan sejak Rabu.

Limpahan hujan itu menyebabkan banjir besar serta mencatatkan rekod hujan tertinggi di kawasan tersebut.

Di bandar Gwangju, yang terletak kira-kira 267 kilometer di selatan Seoul, sebanyak 87 jalan raya dan 38 bangunan dilaporkan ditenggelami air dalam tempoh dua jam selepas amaran hujan lebat dikeluarkan.

Kementerian Pendidikan memaklumkan sebanyak 403 sekolah terpaksa ditutup, manakala 166 premis mengalami kerosakan harta benda akibat fenomena cuaca ekstrem itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker