Malaysia

Banjir kilat landa Sungai Buloh, 80 rumah terjejas

Hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Sungai Buloh, termasuk Kampung Paya Jaras Hilir yang mencatatkan antara impak paling besar.

Kejadian di Kampung Paya Jaras Hilir dilaporkan sekitar jam 6.30 pagi dengan air naik setinggi 0.9 meter, menjejaskan kira-kira 80 buah rumah. Bagaimanapun, tiada pemindahan dilaksanakan dan paras air dilaporkan semakin surut.

Sebelum itu, sekitar jam 5 pagi, banjir mula dilaporkan di Jalan Industri 4, Kampung Baru Sungai Buloh. Enam buah rumah terjejas apabila air naik hingga 0.6 meter.

Sebuah jentera dari Balai Bomba Bukit Jelutong telah dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Selain Sungai Buloh, dua lagi insiden turut direkodkan di Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Di Jalan PJU 1A/46, seorang wanita yang terperangkap dalam SUV jenis Honda berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba selepas kenderaan itu digenangi air setinggi 1.5 meter.

Sementara itu, di Pusat Badminton USJ 23, sebuah kereta Proton ditemui terperangkap dalam banjir dengan air setinggi 0.6 meter, namun tiada mangsa berada di dalamnya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker