Malaysia

Banyak kes penemuan mayat reput berpunca daripada kerapuhan semangat kejiranan – Mumtaz

Insiden penemuan mayat ahli keluarga atau jiran yang meninggal dunia tanpa disedari semakin kerap berlaku dan membimbangkan.

Memetik laporan daripada Kosmo, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi menyifatkan perkara ini sebagai petanda rapuhnya hubungan kekeluargaan dan kejiranan akibat tekanan hidup, desakan ekonomi dan sikap kurang peduli.

Beliau menekankan pembangunan negara tidak seharusnya hanya dilihat dari sudut ekonomi, sebaliknya mesti berasaskan kesejahteraan rakyat, institusi keluarga yang kukuh serta jaringan sosial yang kuat.

Mumtaz turut menggesa kerajaan memperkenalkan bajet dan dasar mesra keluarga, memperkukuh kemudahan serta program sokongan yang mampu membina masyarakat penyayang.

Beliau mahu kempen menghargai keluarga digiatkan melalui semua saluran komunikasi, manakala pemimpin masyarakat pula digesa proaktif membina semula sistem sokongan komuniti agar tiada yang terpinggir.

Kenyataan beliau hadir susulan kes menyayat hati dua beranak ditemui mati di Bukit Gambir dan tiga sekeluarga ditemukan meninggal dunia di Seremban baru-baru ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker