Malaysia

Barangan RM300,000 milik saksi utama Guan Eng lesap dibawa lari – Polis

Barangan dianggarkan bernilai RM300,000 dilaporkan hilang selepas rumah seorang saksi utama perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dipecah masuk penjenayah bersenjata parang di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya.

Polis juga sedang menganalisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman dan kawasan sekitar bagi mengenal pasti suspek. Siasatan masih diteruskan.

Dalam kejadian Rabu lalu, Datuk G. Gnanaraja turut cedera manakala dua pengawal keselamatannya diikat dan diberi amaran keras oleh kumpulan penyerang.

Isterinya Datuk G. Geethajali, pada Khamis memohon perlindungan polis kerana khuatir keselamatan keluarga mereka terancam.

Beliau menafikan kejadian itu sekadar rompakan biasa, sebaliknya menyifatkan insiden tersebut sebagai cubaan menggertak.

Geethajali pada masa sama berkata, dalam tempoh 10 tahun hanya dua kejadian rompakan sebegitu pernah berlaku di kawasan kejiranannya, namun tidak melibatkan kediamannya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker