Malaysia

Baru kenal sebulan dua, selebriti bawa mangsa 17 tahun ke hotel – Polis

Ketua Polis Selangor mengesahkan bahawa pelakon dan penyanyi terkenal yang ditahan atas kesalahan amang seksual sebelum ini baru pertama kali membawa mangsa 17 tahun ke bilik hotel.

Datuk Hussein Omar Khan pada Jumaat berkata, suspek dan mangsa yang merupakan pelajar tersebut telah berkenalan sejak dua bulan lalu.

Ini juga adalah kali pertama suspek melakukan kes amang seksual yang mana tempoh perkenalan singkat dalam tempoh satu atau dua bulan.

Jelas beliau, suspek telah ditangkap dan dirakam keterangan serta dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar juga mengesahkan kertas siasatan kes selebriti tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker