Dunia

Baru pandu sekali, Ferrari milik lelaki musnah terbakar tiba-tiba

Sebuah Ferrari 458 Spyder yang baru dibeli pada harga 43 juta yen (RM1.3 juta) terbakar sejam selepas dihantar kepada pemiliknya di Tokyo, Jepun.

Insiden berlaku di Lebuh Raya Shuto ketika pemiliknya, seorang produser muzik berusia 33 tahun dikenali sebagai Honkon, memandu kereta tersebut buat kali pertama.

Menurut laporan media tempatan, Honkon mula melihat asap putih keluar semasa memandu dan pada awalnya menyangka ia datang dari kenderaan lain. Namun, dia segera menyedari keretanya terbakar dan menghubungi pihak berkuasa.

Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh 20 minit, namun Ferrari berkenaan hampir musnah sepenuhnya.

Honkon dilapor menyimpan wang selama 10 tahun untuk membeli kereta mewah tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker