Dunia

Baru semalam umum gencatan senjata, Thailand dakwa Kemboja langgar perjanjian

Kemboja menafikan dakwaan tentera Thailand bahawa pihaknya melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui kedua-dua negara semalam, susulan pertempuran berdarah di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Thailand sebelum ini mendakwa pasukan tentera Kemboja melancarkan serangan bersenjata ke beberapa kawasan di wilayah Thai hanya beberapa jam selepas perjanjian gencatan senjata tanpa syarat dimeterai dalam rundingan damai yang dianjurkan Malaysia pada Isnin.

Menurut jurucakap tentera Thailand, tindakan itu didakwa sebagai pelanggaran disengajakan terhadap perjanjian yang boleh menjejaskan kepercayaan antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Kemboja melalui jurucakap Kementerian Pertahanannya menegaskan tiada sebarang pertempuran bersenjata berlaku di mana-mana lokasi, sekali gus menafikan sebarang pelanggaran perjanjian.

Tinjauan di beberapa bandar berhampiran sempadan seperti Surin di Thailand dan Samraong di Kemboja turut menunjukkan situasi mula reda menjelang tengah malam, dengan laporan menyebut tiada bunyi tembakan atau letupan sehingga keesokan pagi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker