Malaysia

Bas nahas UPSI dipandu hampir dua kali ganda had laju – Laporan

Bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Jun lalu didapati dipandu hampir dua kali ganda melebihi had laju ditetapkan.

Laporan awal siasatan keselamatan oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mendapati bas berkenaan dipandu pada kelajuan dianggarkan 117.6 kilometer sejam, sedangkan had laju di lokasi itu hanya 60 kilometer sejam.

Analisis turut menunjukkan kelajuan tersebut melepasi tahap kritikal yang boleh menyebabkan kenderaan terbalik.

Nahas berlaku di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik pada 9 Jun ketika bas dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker